Negara Jepun yang sangat terkenal dengan kemajuan teknologi telah menjadi penanda aras kepada negara lain. Penawaran internet yang berkelajuan tinggi sudah lama dinikmati oleh rakyat di negara itu.

Terbaharu, penyelidik daripada Institut Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kebangsaan Jepun (NICT) dilaporkan telah memecah rekod kelajuan internet selepas berjaya memindahkan data pada kadar kelajuan 319 terabit (TB)/saat.

vocket-tech-news-jepun-1
Sumber Gambar: indiatimes

Keputusan terbaru ini telah berjaya mencatatkan kelajuan internet 2 kali ganda lebih pantas berbanding keputusan yang pernah direkodkan sebelum ini iaitu sekitar 178TB/saat oleh jurutera Jepun dan Amerika Syarikat.

Tambahan pula, kelajuan ini berjaya dicapai setelah melalui ujian dengan menggunakan teknologi terkini gentian optik. Gentian optik yang digunakan di dalam ujian sangat berbeza dengan yang sedia ada di luar sana.

vocket-tech-news-jepun-2
Sumber Gambar: NICT

Penyelidik NICT memaklumkan bahawa sejumlah 552 saluran laser yang dipancarkan pada pelbagai gelombang melalui amplifier yang dihasilkan daripada campuran bahan mineral bumi yang sukar didapati untuk mendapatkan kelajuan yang belum dicapai sebelum ini.

Melalui ujian yang telah dilakukan di dalam makmal tersebut, penyelidik NICT telah melakukan proses pengulangan pemindahan data dengan jarak sejauh 3,001 kilometer tanpa menghadapi sebarang kehilangan isyarat atau kelajuan.

Pencapaian yang telah dibuat oleh pihak institusi dilihat boleh membuka pelbagai peluang kepada dunia dalam menawarkan sambungan internet yang lebih baik untuk kegunaan orang awam serta sektor ekonomi pada masa kelak.

Pada tahun ini juga Jepun berjaya mendapat tempat pertama sebagai negara yang mempunyai kelajuan rangkaian internet 5G terpantas di dunia.

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink Dijangka Bakal Ditawarkan Di Malaysia Seawal 2022

Sumber